Saturday, 10 November 2012

Solat Tiang Agama


Pernah tak sahabat terfikir mengapakah solat dikatakan tiang agama?

Pasti sahabat faham je kan istilah tiang kepada agama tu kan? Ianya merujuk kepada kepentingan solat itu sendiri. Tapi kenapa tidak zakat? Tidak haji?

Sebab,

Dalam solat itu sendiri, kelima-lima rukun Islam itu ada di dalamnya. 

Iaitu:

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Solat 
3. Puasa
4. Zakat
5. Haji

Macam mana solat mengandungi kelima-lima rukun tersebut?

1. Mengucap dua kalimah syahadah

  •  Kita membacanya dalam tahiyat awal dan akhir.

2. Solat

  • Kita tengah solat la tu. haha

3. Puasa

  • Maksud puasa itu menahan diri. seperti itu juga la dengan solat. dalam solat kita menahan diri daripada makan, minum, meliar-liarkan mata dan juga hal-hal lain yang membatalkan solat bukan? itulah yang dimaksudkan berpuasa dalam solat.

4. Zakat

  • Maksud zakat pula mensucikan diri. sebelum kita solat, kita kan kena berwuduk dahulu. kita bersihkan diri daripada najis dan kotoran. itu lah mensucikan diri (zakat) dalam solat.

5. Haji

  • Di dalam ibadah haji, salah satu rukunnya adalah tawaf mengeliling Kaabah. Mengadap Kaabah. Dan itu jugalah yang kita lakukan dalam solat. Mengadap kiblat (Kaabah) sebagaimana ibadah haji.

Ini sebenarnya dalam bahasa mudah lah untuk kita faham kenapa solat itu tiang agama.

Jika kita meninggalkan solat, bererti kelima-lima rukun Islam itu kita permainkan

Fikirkanlah.





BismilaLahirrahmanirrahim,
Firman Allah dalam Surah Al-Isra' ayat 78 dan 79 yang bermaksud, 

"Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji." 

Dalam hadis Nabi, Nabi bersabda yang bermaksud:

"Sembahyang itu tiang agama barang siapa mengerjakan solat dia pasti menegakkan agamanya dan barang siapa tidak sembahyang atau solat dia meruntuhkan, merobohkan dan menghancurkan agamanya."

Banyak hadis-hadis lain yang membezakan antara muslim dan kafir yang bermaksud,

"Yang membezakan antara seorang muslim, seorang islam, seorang kafir adalah meninggalkan solat."
ertinya orang sembahyang itu orang islam, org tak sembahyang itu kafir

Ada persoalan antara kita, "habestu semua yang tak solat tu kafir ke?"

Sebenarnya kafir ada dua, Ulama mengatakan kata Kafir ada dua

1) Kafir fasik - Yakni kafir dalam islam, masuk islam tetapi fasik dia asi meninggalkan solat.

2) Kafir funcur - Kafir yang tak menerima islam.

Kesimpulannya orang yg sembahyang itu orang islam sebenarnya dan tak solat org yg kafir fasik.

Muslimin dan muslimat bila kita membicarakan tentang solat dalam kehidupan islam solat merupakan ibu bagi segala ibadah malah ulama2 ada mengatakan solat itu kunci bagi semua ibadat-ibadat yang lain, tanpa solat maka ibadat lain seperti Puasa kita, Zakat kita, Haji kita tidak diterima Allah. Sempurna solat kita baru ibadat-ibadat lain diterima Allah.


Friday, 9 November 2012

UJUB



Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

*Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
*Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
*Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
*Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
*Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.


Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)