Pernah tak sahabat terfikir mengapakah solat dikatakan tiang agama?
Pasti sahabat faham je kan istilah tiang kepada agama tu kan? Ianya merujuk kepada kepentingan solat itu sendiri. Tapi kenapa tidak zakat? Tidak haji?
Sebab,
Dalam solat itu sendiri, kelima-lima rukun Islam itu ada di dalamnya.
Iaitu:
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Solat
3. Puasa
4. Zakat
5. Haji
Macam mana solat mengandungi kelima-lima rukun tersebut?
1. Mengucap dua kalimah syahadah
- Kita membacanya dalam tahiyat awal dan akhir.
2. Solat
- Kita tengah solat la tu. haha
3. Puasa
- Maksud puasa itu menahan diri. seperti itu juga la dengan solat. dalam solat kita menahan diri daripada makan, minum, meliar-liarkan mata dan juga hal-hal lain yang membatalkan solat bukan? itulah yang dimaksudkan berpuasa dalam solat.
4. Zakat
- Maksud zakat pula mensucikan diri. sebelum kita solat, kita kan kena berwuduk dahulu. kita bersihkan diri daripada najis dan kotoran. itu lah mensucikan diri (zakat) dalam solat.
5. Haji
- Di dalam ibadah haji, salah satu rukunnya adalah tawaf mengeliling Kaabah. Mengadap Kaabah. Dan itu jugalah yang kita lakukan dalam solat. Mengadap kiblat (Kaabah) sebagaimana ibadah haji.
Ini sebenarnya dalam bahasa mudah lah untuk kita faham kenapa solat itu tiang agama.
Jika kita meninggalkan solat, bererti kelima-lima rukun Islam itu kita permainkan
Fikirkanlah.
BismilaLahirrahmanirrahim,
Firman Allah dalam Surah Al-Isra' ayat 78 dan 79 yang bermaksud,
"Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."
Dalam hadis Nabi, Nabi bersabda yang bermaksud:
"Sembahyang itu tiang agama barang siapa mengerjakan solat dia pasti menegakkan agamanya dan barang siapa tidak sembahyang atau solat dia meruntuhkan, merobohkan dan menghancurkan agamanya."
Banyak hadis-hadis lain yang membezakan antara muslim dan kafir yang bermaksud,
"Yang membezakan antara seorang muslim, seorang islam, seorang kafir adalah meninggalkan solat."
ertinya orang sembahyang itu orang islam, org tak sembahyang itu kafir
Ada persoalan antara kita, "habestu semua yang tak solat tu kafir ke?"
Sebenarnya kafir ada dua, Ulama mengatakan kata Kafir ada dua
1) Kafir fasik - Yakni kafir dalam islam, masuk islam tetapi fasik dia asi meninggalkan solat.
2) Kafir funcur - Kafir yang tak menerima islam.
Kesimpulannya orang yg sembahyang itu orang islam sebenarnya dan tak solat org yg kafir fasik.
Muslimin dan muslimat bila kita membicarakan tentang solat dalam kehidupan islam solat merupakan ibu bagi segala ibadah malah ulama2 ada mengatakan solat itu kunci bagi semua ibadat-ibadat yang lain, tanpa solat maka ibadat lain seperti Puasa kita, Zakat kita, Haji kita tidak diterima Allah. Sempurna solat kita baru ibadat-ibadat lain diterima Allah.